FAVOURITE WORDS TO REMEMBER.

'A Fool Loses Tomorrow, Reaching Back for Yesterday'

Friday, January 11, 2013

Mengimbau kisah silam

ASSALAMMUALAIKUM :)

11 January 2013, hari ini, saat aku mengetaip di entri ini.
Alhamdulillah kita semua masih bernyawa diatas muka bumi Tuhan yg indah ini.

Dah lepas pun 21/12/2012, dimana kaum Maya kata, itu adalah hari khiamat. silap besar mereka tu. hanya Tuhan yang tahu bila hari khiamat akan berlaku. takde manusia yg boleh predict benda tu even tok bomoh sekalipun. #EH

Kalau nak bercerita pasal hari kiamat, banyak rasanya. rasanya semua orang pun tahu pasal kiamat, tanda-tanda kiamat. aku bukan ustazah. so, aku pun tak perfect. aku tak jugak mematuhi 100% perintah Allah. mungkin ada terdetik dihati ingin berubah tapi pelan-pelan lah kan. semoga Tuhan sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua hambaNya :)

Abaikan kisah diatas.
Well, 2012 banyak memberi memori buat minda aku. berjumpa dengan bermacam ragam orang. fall in love? thats the hardest words to say in my life. biarlah itu hanya rahsia aku dan Tuhan. kerana hanya Dia maha mengerti dan mengetahui segala isi hatiku. mungkin benar setiap apa yg berlaku dalam kehidupan kita, ada hikmahnya. Tuhan menduga kita kerana Dia masih menyayangi kita. itu yg aku pelajari sepanjang aku hidup dari 1991 hingga 2012 dan harini. selagi aku bernafas, akan aku cari sesuatu yg bernilai hingga aku menuju ke jalan yg benar.

2012 aku banyak memberi kegembiraan dan juga kesedihan. kadang-kadang bukan kehendak aku untuk menyakiti hati insan lain. kadang-kadang, tanpa sedar kita menyakiti hati insan-insan yg kita sayang. tapi apa yg pasti, Tuhan telah sediakan sesuatu yg terbaik untuk setiap insan. aku belajar hidup berdikari, tidak perlu terlalu bergantung kepada org lain. Alhamdulillah, aku masih hidup dan bergembira :)

Selagi aku hidup, akan aku pastikan, setiap tahun akan ada perubahan dalam diriku. kalau tidak dari luaran, dari dalaman saja sudah memadai. bukan senang untuk berubah ke-arah kebaikan. kerana terlalu banyak ujian yg perlu kita tempuhi. Tuhan itu sgt sayangkan kita. sebab itu, org yg jahat masih ada secebis perasaan utk insaf suatu hari nnt.

Semoga semua sahabat aku dalam dunia blog ini dapat berubah kearah kebaikan pada tahun 2013 dan akan datang :)

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA :)

Perth, October 2012 :)

2 comments:

~M-i-M~ said...

zama, semakin aku menghayati gmbar perth kau ni.. aku nmpak pelik..

aku rasa macam awan tu ditampal..
hahaha

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

mim ; haha ini bukan tampal. ini realiti