FAVOURITE WORDS TO REMEMBER.

'A Fool Loses Tomorrow, Reaching Back for Yesterday'

Sunday, August 18, 2013

NZSKIRTHOUSE !

ASSALAMMUALAIKUM readers :)

dah lama rasanya zama tak membebel, tak upload gamba anak buah zama si Ara dan dah lama tak share stories dgn korang semua. mintak ampun mintak maaf dihari yg mulia sepanjang sebulan kita beraya ni. HEHE tak menyempat nak update. lagi satu sbb mood dgn blog sudah kurang sekarang ni. mungkin ada pembaca yg setia masih menunggu zama taip entri atau mungkin tidak. segalanya mungkin terjadi. EWAH !

Pertama sekali zama nak ucapkan selamat hari raya buat korang kaum muslimin dan muslimat saudara seislam ku :) marilah kita sentiasa beramal. jangan bulan puasa haritu je beramal ye. HEHE nak tgk gambar raya ke? ha ni dia sikit gambar raya. 

tahun ni raya first zama kat Pulau Pinang. kampung zama kat Juru Bukit Mertajam. abang yg second and third tak balik sebab diorang kerja. sedih. yg tinggal kami je lah. ingat lagi Ara tak? the one yg zama riba tu Ara. sekarang dah 3 tahun. dah pandai buat semua benda ! kalau tanya nama siapa, dia jawab AYA ! pelat sikit tapi comel what... ;)
oh, kalau ada yg tertanya-tanya kenapa muka zama macam lain sikit ke apa, itu semua disebabkan zama dah gain weight sebenarnya. banyak sgt makan sampai gemuk. tapi sekarang dah kembali kurus sikit sbb puasa kan. HIHI
ini siapa? budak ni cucu ayah angkat zama. dah darjah 4. masa zama kenal dia dulum dia kecik gila joget2 apa semua. tapi dah besar sekarang dia masih ingat lagi zama. kerja nak berkepit je. haha
as usual, dua tahun sekali, kami akan ada family gathering belah abah. on ur left tu kakak ipar zama. and on the right side tu my cousin, cik Syuhada. sama umur je tapi muka zama lagi matang! damn ! HAHA

okay, sikit2 je lah cerita raya. tahun ni zama sekeluarga bersederhana je :)

OKAY INI ADA CERITA BARU.
ZAMA DAN KAWAN BARU JE MELANCARKAN ONLINE BOUTIQUE SENDIRI. NAMA?
NZSKIRTHOUSE
N stands for NORWAN
Z stands for ZAMA
boleh la search kat INSTAGRAM and follow sebab zama lebih aktif kat sana. 
kepada readers zama, bawah ni zama ada letak sekali catalog warna kain yg available buat masa ni utk korang mana lah tahu ada yg berkenan ke kan ;) coming soon nanti zama akan update lebih byk warna insyaAllah. boleh la pilih and nanti email kat zama kat nzskirthouse@gmail.com :)

MATERIAL kain ni ialah Jersey. 
bukan jersey bola sepak. no no. kain ni ala2 mcm tu je. lembut, ringan, tak kedut kalau basuh. tak perlu gosok bagi yg pemalas macam zama ! HAHA
dan yg paling penting sekali, skirt ni tak ikut shape badan kita ye kawan-kawan. sebab tu lah zama buat skirt ni. 
kenapa tiba2 zama buat? 
sebenarnya zama suka tengok orang pakai skirt sbb cantik. jadi zama teringin nak provide something yg boleh buat org cantik jugak which is keluarkan skirt lah.
utk pengetahuan korang, skirt yg zama buat ni CUSTOM MADE okay :)
orang tempah, baru zama buat. and size juge mengikut size pinggang, panjang dan ukur lilit punggung korang :)
semua peniaga selalunya bercerita pasal kelebihan jualan diorang kan. so zama nak bagitahu ni.
apa kekurangan skirt ni? secara jujurnya skirt ni jarang sedikit kalau dibawah cahaya matahari. makanya, korang kena lah pakai kain dalam. tapi seelok-eloknya walau jenis kain apa pun kita pakai, kite tetap kena pakai kain dalam supaya segalanya terlindung dari dilihat :)
buat masa ini, zama hanya jual jenis kain ini. insyaAllah coming soon zama akan provide kain CHIFFON pulak. tapi tak pasti bila, so korang boleh lah cuba kain jenis jersey ni dulu ;)
harga yg zama bagi mungkin mahal sikit tapi ini adalah disebabkan oleh custom made. bukan senang nak jahit ikut size satu satu, unless kita beli siap kat pasaraya yg dah bercetak-cetak banyak. so harap korang semua faham :)

MATERIAL : Jersey
PRICE : RM48 (including postage)
SIZE : mengikut kemahuan korang

CARA ORDER
Name :
Code :
Size : waist, length and ukur lilit punggung
Address :
Phone No :

ni contoh bagaimana skirt ni kelihatan :)
thank you :)

Friday, January 11, 2013

Mengimbau kisah silam

ASSALAMMUALAIKUM :)

11 January 2013, hari ini, saat aku mengetaip di entri ini.
Alhamdulillah kita semua masih bernyawa diatas muka bumi Tuhan yg indah ini.

Dah lepas pun 21/12/2012, dimana kaum Maya kata, itu adalah hari khiamat. silap besar mereka tu. hanya Tuhan yang tahu bila hari khiamat akan berlaku. takde manusia yg boleh predict benda tu even tok bomoh sekalipun. #EH

Kalau nak bercerita pasal hari kiamat, banyak rasanya. rasanya semua orang pun tahu pasal kiamat, tanda-tanda kiamat. aku bukan ustazah. so, aku pun tak perfect. aku tak jugak mematuhi 100% perintah Allah. mungkin ada terdetik dihati ingin berubah tapi pelan-pelan lah kan. semoga Tuhan sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua hambaNya :)

Abaikan kisah diatas.
Well, 2012 banyak memberi memori buat minda aku. berjumpa dengan bermacam ragam orang. fall in love? thats the hardest words to say in my life. biarlah itu hanya rahsia aku dan Tuhan. kerana hanya Dia maha mengerti dan mengetahui segala isi hatiku. mungkin benar setiap apa yg berlaku dalam kehidupan kita, ada hikmahnya. Tuhan menduga kita kerana Dia masih menyayangi kita. itu yg aku pelajari sepanjang aku hidup dari 1991 hingga 2012 dan harini. selagi aku bernafas, akan aku cari sesuatu yg bernilai hingga aku menuju ke jalan yg benar.

2012 aku banyak memberi kegembiraan dan juga kesedihan. kadang-kadang bukan kehendak aku untuk menyakiti hati insan lain. kadang-kadang, tanpa sedar kita menyakiti hati insan-insan yg kita sayang. tapi apa yg pasti, Tuhan telah sediakan sesuatu yg terbaik untuk setiap insan. aku belajar hidup berdikari, tidak perlu terlalu bergantung kepada org lain. Alhamdulillah, aku masih hidup dan bergembira :)

Selagi aku hidup, akan aku pastikan, setiap tahun akan ada perubahan dalam diriku. kalau tidak dari luaran, dari dalaman saja sudah memadai. bukan senang untuk berubah ke-arah kebaikan. kerana terlalu banyak ujian yg perlu kita tempuhi. Tuhan itu sgt sayangkan kita. sebab itu, org yg jahat masih ada secebis perasaan utk insaf suatu hari nnt.

Semoga semua sahabat aku dalam dunia blog ini dapat berubah kearah kebaikan pada tahun 2013 dan akan datang :)

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA :)

Perth, October 2012 :)