FAVOURITE WORDS TO REMEMBER.

'A Fool Loses Tomorrow, Reaching Back for Yesterday'

Friday, May 4, 2012

Engineers in 1 Malaysia Society was an awesome experience !

ASSALAMMUALAIKUM people and readers :)

long time no see hah? dah berapa bulan dah ni tak update blog. akibat kemalasan , busy and lack of idea. HAHA maaf la ye kepada yg menunggu dan kepada yg tak tunggu tu.

post kali ni? cerita ni pun dah basi sebenarnya tapi nak buat mcm mana kan sbb it still grows and remains in my heart , ecewahhhh =p takde lah. sebenarnya nak cakap E1MAS PROGRAM ni banyak bagi experience kat zama, kat kawan2 and semua rakan sekuliyyah even majoring lain-lain pun. rugi lah kalau korang tak join aktiviti kat universiti korang. sebab apa? sebab time tula pun nak pergi sana sini sendiri. i mean, berdikari.

PROGRAM : Engineers in 1 Malaysia Society
PLACE : Kampung Parit Sidang Seman, Melaka
DATE : 28-31 March 2012

korang akan nampak banyak gambar daripada tulisan ye. harap maklum. HAHAHA ni before gerak. the girl in purple tu, Shahidah Nusailah aka Shela :) the girl in mustard and black tu is Raja Hawa aka Hawa. rakan seperjuangan zama. classmates untuk first year ni. lepas ni semua majoring lain-lain susah sikit nak jumpa korang ye dok? :(
aku tau korang kenal budak tgh warna pink ni. nama dia Naim. roomate aku dari kat foundation centre lagi. sampai dah muak tgk muka masing-masing. HAHA tapi nak buat camne, kalau dah kawan, sampai bila pun kawan kan :)

gambar bawah ni beramai-ramai bersama PM di hadapan tangga besar UIA, tempat kesukaan semua student untuk bergambar kalau ada program, HAHA cuba ah pergi snap kat tempat lain. kan ke lain dari yg lain sikit. HEEE banyak lak complain aku ni
after perjalanan dalam 2 jam lebih camtu kot, sampai lah kami kat Melaka tempat arah tuju kami masa ni la. sampai-sampai diorang semua dah ready makan. seronok kot nampak makanan sbb perut mmg dah duk buat lagu keroncong masa tu. 
nak tau siapa yg cari zama masa baru sampai tu? PAKCIK RAHMAT aka abah gua kat Melaka. HAHAHA semangat dia nak jumpa anak angkat dia ni merangkap anak geng airforce. ye la kan, siapa tak seronok jumpa anak rakan seperjuangan. semua excited je muka first day tu
dah makan-makan, kenalah ada perasmian kan. takkan la nak terus redah masuk rumah orang kampung. tak baik. kita datang dari tempat yg baik, buat lah cara yg baik di tempat orang. ye dok? :)

MAJLIS PERASMIAN
lepas tu adalah sesi memberi anak-anak UIA ni kepada orang-orang kampung. dalam erti kata lain, agihkan family masing-masing lah. HAHA maaf la , bahasa melayu aku memang teruk sikit tapi takpe, learn from mistakes. macam zama cakap tadi lah, zama, puterk, kak piqa, kak shima, kak zai  and kak najwa dpt bapak rock kitorang. Pakcik Rahmat aka abah Melaka. HIHI org lain dapat la family masing-masing. tak ingat nama diorang lak. mintak maaf ampun ampun
banner bawah ni hasil kerja zama and sorang kawan zama budak kaed. punyalah banyak PM semua complain tu tak lawa ni tak lawa. dahla zama ni pantang kalau orang dah suruh buat tapi byk lak complain. HAHAHA maaf la ye PM. zama ni panas baran sikit. tapi at last kita semua baik-baik saja kan :)
THE LADIES :)
THE GENTLEMEN :)
kalau nak ikutkan, banyak lagi gambar. gambar jungle tracking takde pun sebab masuk hutan mana boleh bawak camera. semua gamba ada kat abah Melaka gua and org lain. lupa pulak nak amik. takpe lah. zama tunjuk apa yg ada je lah ye.

tapi memang seriously gambar-gambar jungle tracking tu terbaik ah. sebab muka semua berconteng. seluar baju semua berlumpur. nama pun masuk ladang getah kan. hutan belantara. dah rasa macam balik kampung aku lak kat Perak. kihkih
kita gerak ke kilang makcik Raja kalau tak silap zama. dia jual kuih telinga keling aka neram kot nama dia. sedap hingga menjilat jari :) bila lagi nak melawat kan kalau bukan masa ni.
bila orang dah bagi chance untuk try, why not kita cuba kan? even berminyak-minyak benda tu tapi takpe , layan saja lah. bukannya kotor and busuk pun, benda untuk masuk perut jugak kan. HEHE seronok betul muka aku duk uli uli gulung gulung benda tu -.-'
kenapa? tak caya? HAHAHA dapat la jugak sepeket makcik Raja bagi free. thank you makcik ! nanti saya datang tolong buat lagi boleh dapat free ye =p

gambar bawah ni? me and the geng and anak-anak angkat makcik Raja :)
AKTIVITI REWANG aka merewang ke?
seronok ye diorang masak dodol dengan YB . berasap-asap kat belakang tuh.
Hawa, Puterk, Meksha duk makan aiskrim.
amik mood ye busu dengan lili ni? =D diorg ni EMCEE of the night untuk malam kebudayaan :)
MALAM KEBUDAYAAN.
Busu and Lili the Emcee

macam-macam show ada malam tu. mungkin la macam kelakar dengan preparation yg tak cukupnya tapi takpe, we had so much fun malam tu :) ada silat, budak-budak kecik kampung ni sangat semangat. itulah yg kita mahu !
nak tahu apa? akibat kalah jungle tracking, kumpulan zama didenda untuk buat persembahan malam kebudayaan tu. kitorg pun hantam lah dgn skrip spontan tu yg tunggang langgang. HAHA
pertandingan perarakan MAULIDUR RASUL

mungkin la sebenarnya kitorg yg menyebabkan Kampung Parit Sidang Seman kalah tapi kitorang sangat enjoy every moment tu. kat bandar mana ada semua ni. takde. kat Sepang aku asyik nampak F1 dengan kapal terbang je. mana la nak nampak orang berarak ni. sebab tula seronok. even pagi-pagi tu hujan and semua orang malas nak bangun tidur tapi akhirnya bangun jugak. HAHA membawa kontijen berbaju hijau yg ramai. tak ke pelik tu orang lain pakai baju melayu seragam, kitorg pakai baju workshop je seragam. HAHA tapi takpe, unik !
MAJLIS PENUTUP

berat jugak hati nak balik sebenarnya. yelah, dah menumpang rumah orang, dah sembang dgn pakcik makcik nenek atok semua, mestila rasa dah tumpah sayang tu kan :( tapi kalau nak stay je kat sana pun tak boleh. kat sini ada banyak lagi tanggungjawab. mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lagi. wah skema betul ayat aku =D

yg bestnya, dapat ole-ole la dari nenek , atok, makcik and pakcik rahmat. sengih sampai telinga sebab dapat hadiah. Alhamdulilah sebab diorg sudi terima kami semua dgn baik. bagi guna itu ini, pinjam itu ini. washing machine pun aku pinjam. HAHAHA terima kasih !
WE ARE THE FAMILY !
oh jangan lupa, even kami kalah jungle tracking tapi muka kami masuk paper tau. boo PM main tipu! hahaha. sorry for being too excited :)