FAVOURITE WORDS TO REMEMBER.

'A Fool Loses Tomorrow, Reaching Back for Yesterday'

Monday, November 19, 2012

eh ?

ASSALAMMUALAIKUM :)

lama tak jumpa? ke lama tak update? sorry guys. macam biasa la kering-kontang dah idea and been busy for a while. dulu tak busy ke? oh, dulu tak. sekarang ye :D

kita nak cakap pasal apa? pasal emmm emmmm emmmmmmmm . panjang lagi emm pun takpa kan.

so ini je yg aku nak cakap sebenarnya.

SORRY SEBAB DAH LAMA TAK UPDATE BLOG. HAHA KBYE


 *ni saja promote teater Tun Siti Hasmah :)

Wednesday, October 17, 2012

Oh Aya !

ASSALAMMUALAIKUM ! :)

ni untuk korang semua. Ara nyanyi lagu Muara Hati penuh feel =D

kbye. hayatilah and gelak lah kuat-kuat :D
video

Tuesday, September 11, 2012

Belum lambat lagi kan?

ASSALAMMUALAIKUM :)

raya dah nak habis pun. tapi baru nak update entry. entah pape kan? wish raya pun belum. duit raya pun tak bagi lagi kan? HAHA so what? who cares? i dont. 

busy sangat preparing many stuffs, jaga anak buah si Ara lagi. haih. so nak update entry pun dok  terfikir WHAT SHOULD I POST
at last, sbb raya lah katakan. so why not update entry raya eventhough dah terlambat pumprangpumprang. lantak pi lah. at least ada la jugak gamba raya aku. HAHA

first raya aku sedih sbb abah takde sbb tak balik kerja lagi. raya ketiga baru dia balik. siapa tak sedih raya time bapak takde kan. aku raya kat Penang. kampung belah mama. seminggu jugak kat sana. puas la balik Penang. sampai dah bosan. HAHA

dengan baju raya warna hijau aku tak siap. apa punya taylor tah jahit baju slow -.-' so gamble aje lah kami adik beradik pakai baju raya beberapa tahun lepas. so sbb tu lah warna sama je semua. HAHAHA

so this is how my raya looks like :)
my mama :)
my cousin, kak emi :)
my cousin, kak miza :)
my brothers :) kecuali yg warna biru tu.
my siblings without along. my mom and maktok :)
my siblings and my cousins :)



mama texting abah :)

ni dua budak kecik ni anak buah kawan aku si nana nino :)
oh macam ni rupanya jaga anak kecik, HIHI
wiwi and nana :)
at Wa's House. kalau org perak, panggil wa. maksudnya macam paklong camtu la. hehe
mama and kak emi :) kat rumah baru kak ana.
belah kiri baju kuning tu kak nani. kakak gf abg aku yg botak tu. baju pink tu gf abg aku. yg lain semua cousin aku .
bila abah balik, kita pekena laksa penang and rojak kat tepi laut kat depan Queensbay Mall , yeah yeah !

maybe raya kali ni tak semeriah dulu, duit raya pun dapat seciput je. but i dont mind. at least ada chance utk bermaaf-maafan antara satu sama lain. kan?

tapi, aku paling anti kalau budak kecik yg ramai-ramai tu datang rumah nak beraya. bukannya nak makan pun. datang mintak duit raya. kalau aku, halau je balik. peduli apa kalau org kata 'diorg tu bebudak je tak tahu apa'. HAAAA ! yg tak tahu apa tu la kena ajar. parents diorang tu dah takde duit sgt ke nak bagi anak? kalau ye pun tak mampu, tapi jgn ajar anak pergi rumah org mintak duit. TEACH YOUR CHILDREN A GOOD LESSON ! sbb nnt diorg dah terbiasa macam tu. every raya je, mengharap duit raya. korang igt ni gong xi fa cai ke apa? kalau mmg bebudak tu anak2 kawan-kawan ke, boleh la nak bagi. because dtg visit and mmg beraya. ni kalau dtg setakat 'ASSALAMMUALAIKUM ! KAMI DTG NAK DUIT RAYA !' haih ada jugak aku cepuk kang. hmmmm ok kan dah emo ni. kbye

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN TO ALL MUSLIM AROUND THE WORLD ! :)

Friday, July 6, 2012

The Family's Birthday !

tralalalal ASSALAMMUALAIKUM !
auuuuuuwwwwcakkk ! HAI saya kembali ! hehe. dah lama blog ni kering kontang. upload sekali, hilang sekali. bila hilang tu berbulan-bulan lak aih lamanya tu. kihkih. harap mohon ampun dan maaf sekalian alam kepada warga pembaca dan yg tak nak baca. ngehehe

tajuk kali ni family's birthday? oh bukannya kitorang semua lahir pada hari yg sama. tak tak. kebetulan tarikhnya dekat dekat saja. so untuk jimat cost, sambut sekali je lah. ye dok? HAHA 

PLACE : Pullman Putrajaya Lakeside Hotel
DATE : 30 Jun 2012
THE BIRTHDAY BOYS & GIRL : Abah, Fahmi and Kak ira
jangan cakap korang lupa si comel yg selalu jadi paparan unggul lah kat blog zama ni. say HI to baby Ara. she is 2 years and 4 months now. dah besar. dah boleh jalan. dah boleh cakap banyak. dah boleh membebel. dah boleh marah. HAHAHA pendek kata, she can do everything now ! comel kan kan kan kan? ;)
tiup lilin ! ni time paling zama suka. hehe. semua dah tua-tua. ada pulak kek depan mata kan. comel jep. Ara sibuk sekali tu nak tiup lilin -.-'
Tiramisu by Secret Recipe.
oh eh? siapa ni? JENGJENGJENG =p
Ara and Amy :)
introducing, AMY ! or cik bunga ? kihkih. Ara panggil dia ni cik bunga? kenapa? sebab dulu Amy ni suka pakai hairband ada bunga. HAHA Amy jgn marah ye. oh tak lupa jugak, dia ni in sha Allah bakal jadi kakak ipar zama jugak ;)
"Aya nak makan ni mama !" - Ara cakap
ni kakak ipar zama. Kak Ira :) dia la yg melahirkan si Ara yg comel bambam ni. hihi
ni? mama saya :) hijau gitu. hehe
ni? big boss saya. hehe. ni Abah zama. makan jangan tak makan. mahal ni. tak makan rugi. heee
sebelah kiri tu? adik and yg botak tu Fahmi abgku yg emmm botak tu lah. HAHA
the one yg paling left tu Kak Pia. adik Kak Ira :) tak nampak pulak muka haih
the one paling kanan sekali? biarlah rahsia :)
ini Ara. makan cherry tak padan dengan mulut kecik -.-
saya pemalu. hihihihi

kbye ! =D

Tuesday, June 5, 2012

Cuti Sem yowww !

ASSALAMMUALAIKUM and HAI everyone :)

how are you? wah gedik speaking kan =p
so, apa cerita semua org sekarang ni? ye la, dah lama tak blogwalking ni. cerita apa pun tak tau. busy dgn class, event and macam2 lah kat hostel sana tu.

now, its time for me to take a break dalam 3 minggu kot. tapi break zama tu takde la break sgt. sbb nak pergi mana? nak pergi hohohoholidayyy ! yay me YAY ! =D

para warga UIA sekalian mesti ada yg dah tgh seronok bersuka ria, and ada jugak tgh struggle nak jwb exam last payyyper lah apa lah. every course, every subjects, lain lain jadual dia. so macam tu lah cerita dia. zama habis exam dulu ! HAHA

well, exam done. course pre-registration done. mahallah pre-registration done. zama tak dapat bilik dgn kawan-kawan lama which is sgt sedih sebenarnya, i dont know why. but maybe its time for me utk belajar jauh sikit dari diorg. maybe la. well, hari-hari tgk muka kawan sama jemu jugak kan. so berpindah la zama sem depan dgn lemah longlai dan malasnya. HAHA

so, HAPPY HOLIDAY UIA-an !

Friday, May 4, 2012

Engineers in 1 Malaysia Society was an awesome experience !

ASSALAMMUALAIKUM people and readers :)

long time no see hah? dah berapa bulan dah ni tak update blog. akibat kemalasan , busy and lack of idea. HAHA maaf la ye kepada yg menunggu dan kepada yg tak tunggu tu.

post kali ni? cerita ni pun dah basi sebenarnya tapi nak buat mcm mana kan sbb it still grows and remains in my heart , ecewahhhh =p takde lah. sebenarnya nak cakap E1MAS PROGRAM ni banyak bagi experience kat zama, kat kawan2 and semua rakan sekuliyyah even majoring lain-lain pun. rugi lah kalau korang tak join aktiviti kat universiti korang. sebab apa? sebab time tula pun nak pergi sana sini sendiri. i mean, berdikari.

PROGRAM : Engineers in 1 Malaysia Society
PLACE : Kampung Parit Sidang Seman, Melaka
DATE : 28-31 March 2012

korang akan nampak banyak gambar daripada tulisan ye. harap maklum. HAHAHA ni before gerak. the girl in purple tu, Shahidah Nusailah aka Shela :) the girl in mustard and black tu is Raja Hawa aka Hawa. rakan seperjuangan zama. classmates untuk first year ni. lepas ni semua majoring lain-lain susah sikit nak jumpa korang ye dok? :(
aku tau korang kenal budak tgh warna pink ni. nama dia Naim. roomate aku dari kat foundation centre lagi. sampai dah muak tgk muka masing-masing. HAHA tapi nak buat camne, kalau dah kawan, sampai bila pun kawan kan :)

gambar bawah ni beramai-ramai bersama PM di hadapan tangga besar UIA, tempat kesukaan semua student untuk bergambar kalau ada program, HAHA cuba ah pergi snap kat tempat lain. kan ke lain dari yg lain sikit. HEEE banyak lak complain aku ni
after perjalanan dalam 2 jam lebih camtu kot, sampai lah kami kat Melaka tempat arah tuju kami masa ni la. sampai-sampai diorang semua dah ready makan. seronok kot nampak makanan sbb perut mmg dah duk buat lagu keroncong masa tu. 
nak tau siapa yg cari zama masa baru sampai tu? PAKCIK RAHMAT aka abah gua kat Melaka. HAHAHA semangat dia nak jumpa anak angkat dia ni merangkap anak geng airforce. ye la kan, siapa tak seronok jumpa anak rakan seperjuangan. semua excited je muka first day tu
dah makan-makan, kenalah ada perasmian kan. takkan la nak terus redah masuk rumah orang kampung. tak baik. kita datang dari tempat yg baik, buat lah cara yg baik di tempat orang. ye dok? :)

MAJLIS PERASMIAN
lepas tu adalah sesi memberi anak-anak UIA ni kepada orang-orang kampung. dalam erti kata lain, agihkan family masing-masing lah. HAHA maaf la , bahasa melayu aku memang teruk sikit tapi takpe, learn from mistakes. macam zama cakap tadi lah, zama, puterk, kak piqa, kak shima, kak zai  and kak najwa dpt bapak rock kitorang. Pakcik Rahmat aka abah Melaka. HIHI org lain dapat la family masing-masing. tak ingat nama diorang lak. mintak maaf ampun ampun
banner bawah ni hasil kerja zama and sorang kawan zama budak kaed. punyalah banyak PM semua complain tu tak lawa ni tak lawa. dahla zama ni pantang kalau orang dah suruh buat tapi byk lak complain. HAHAHA maaf la ye PM. zama ni panas baran sikit. tapi at last kita semua baik-baik saja kan :)
THE LADIES :)
THE GENTLEMEN :)
kalau nak ikutkan, banyak lagi gambar. gambar jungle tracking takde pun sebab masuk hutan mana boleh bawak camera. semua gamba ada kat abah Melaka gua and org lain. lupa pulak nak amik. takpe lah. zama tunjuk apa yg ada je lah ye.

tapi memang seriously gambar-gambar jungle tracking tu terbaik ah. sebab muka semua berconteng. seluar baju semua berlumpur. nama pun masuk ladang getah kan. hutan belantara. dah rasa macam balik kampung aku lak kat Perak. kihkih
kita gerak ke kilang makcik Raja kalau tak silap zama. dia jual kuih telinga keling aka neram kot nama dia. sedap hingga menjilat jari :) bila lagi nak melawat kan kalau bukan masa ni.
bila orang dah bagi chance untuk try, why not kita cuba kan? even berminyak-minyak benda tu tapi takpe , layan saja lah. bukannya kotor and busuk pun, benda untuk masuk perut jugak kan. HEHE seronok betul muka aku duk uli uli gulung gulung benda tu -.-'
kenapa? tak caya? HAHAHA dapat la jugak sepeket makcik Raja bagi free. thank you makcik ! nanti saya datang tolong buat lagi boleh dapat free ye =p

gambar bawah ni? me and the geng and anak-anak angkat makcik Raja :)
AKTIVITI REWANG aka merewang ke?
seronok ye diorang masak dodol dengan YB . berasap-asap kat belakang tuh.
Hawa, Puterk, Meksha duk makan aiskrim.
amik mood ye busu dengan lili ni? =D diorg ni EMCEE of the night untuk malam kebudayaan :)
MALAM KEBUDAYAAN.
Busu and Lili the Emcee

macam-macam show ada malam tu. mungkin la macam kelakar dengan preparation yg tak cukupnya tapi takpe, we had so much fun malam tu :) ada silat, budak-budak kecik kampung ni sangat semangat. itulah yg kita mahu !
nak tahu apa? akibat kalah jungle tracking, kumpulan zama didenda untuk buat persembahan malam kebudayaan tu. kitorg pun hantam lah dgn skrip spontan tu yg tunggang langgang. HAHA
pertandingan perarakan MAULIDUR RASUL

mungkin la sebenarnya kitorg yg menyebabkan Kampung Parit Sidang Seman kalah tapi kitorang sangat enjoy every moment tu. kat bandar mana ada semua ni. takde. kat Sepang aku asyik nampak F1 dengan kapal terbang je. mana la nak nampak orang berarak ni. sebab tula seronok. even pagi-pagi tu hujan and semua orang malas nak bangun tidur tapi akhirnya bangun jugak. HAHA membawa kontijen berbaju hijau yg ramai. tak ke pelik tu orang lain pakai baju melayu seragam, kitorg pakai baju workshop je seragam. HAHA tapi takpe, unik !
MAJLIS PENUTUP

berat jugak hati nak balik sebenarnya. yelah, dah menumpang rumah orang, dah sembang dgn pakcik makcik nenek atok semua, mestila rasa dah tumpah sayang tu kan :( tapi kalau nak stay je kat sana pun tak boleh. kat sini ada banyak lagi tanggungjawab. mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lagi. wah skema betul ayat aku =D

yg bestnya, dapat ole-ole la dari nenek , atok, makcik and pakcik rahmat. sengih sampai telinga sebab dapat hadiah. Alhamdulilah sebab diorg sudi terima kami semua dgn baik. bagi guna itu ini, pinjam itu ini. washing machine pun aku pinjam. HAHAHA terima kasih !
WE ARE THE FAMILY !
oh jangan lupa, even kami kalah jungle tracking tapi muka kami masuk paper tau. boo PM main tipu! hahaha. sorry for being too excited :)