FAVOURITE WORDS TO REMEMBER.

'A Fool Loses Tomorrow, Reaching Back for Yesterday'

Friday, January 23, 2015

Hi Korea 2015

ASSALAMMUALAIKUM semua !!!!
dah berkurun rasanya zama tak update blog. maaf takde masa sebenarnya. sibuk dengan pelajaran dan macam2 benda lagi. harini 23 January 2015 dah kan.
sempat tak nak wish happy new year lagi? haha.
asal new year je zama muncul kan? HAHA well, biasalah tu. time macam ni la pun cuti sem boleh goyang kaki kat rumah. HIHI
korang buat apa ha 2015 ni?

Jom zama nak share how I start my 2015 :D
Masa 1st January haritu, zama sibuk dengan final exam. habis pun 8 January. 
Balik2 rumah, tiket flight dah tersedia, so apa lagi? Mari kite ke KOREA bersama zama kejap ! HIHI

11 January zama berangkat ke Korea.
Nothing to do masa first day. sebab flight sampai Korea pun jam 3 lebih petang. balik hotel, check in dan jalan2 di malam hari.
Oh before lupa, zama stay di area Gangnam Street. Nama tempat zama tinggal tu Gangnam Residence Apartment. sangat selesa. ada tempat masak, microwave, heater, dryer basuh baju, lengkap la senang cerita. 

Disebabkan sekarang tengah winter, baju mesti lah tebal2. dan kelihatan gemuk2 gitu. HIHI

Maaf gambar tak teratur tau.

Second day, zama ke Nami Island. Tempat wajib pergi kalau orang ke Korea, Sebab apa? Sebab cantik lah. Zama ni bukan peminat kpop pun. Cakap Korea pun tak reti.
So, nak ke Nami Island ni, korang boleh travel by train atau hire tourist guide ye. Kalau macam zama, zama travel sendiri. Dari hotel, zama naik train sampai lah stesen yg terdekat dengan Nami Island ni. Lepas tu boleh ambil teksi atau jalan kaki je untuk ke kaunter tiket untuk pembelian tiket nak naik bot ke Nami Island.
Kalau naik train, masa diambil dalam sejam ye semua. Kalau yg ikut tourist guide tu zama tak sure pula berapa lama.
Dah puas tengok Nami Island, zama, mama dan abang balik semula ke bandar and jalan2 kat area Dongdaemun. kalau semua nak tahu, Dongdaemun ni salah satu tempat femes untuk shopping ye. ade night market, ada shopping mall. kat Korea ni, mana2 je korang pergi korang akan jumpa Lotte. Lotte ni kira macam bisnes besar kat Korea ni. So di malam hari kita shopping di area Dongdaemun.

Third day, kite main ski ! kat Korea ni ada banyak tempat main ski. Depends on package mana korang ambil. Macam tempat zama main ski ni, nama dia Jisan. seeloknya, booking online dari Malaysia ye. senang nanti sampai sana takyah pening2. nanti diorg akan pick up kite depan hotel and bawa pergi tempat main ski. zama dan abang memang takkan lepaskan peluang main ski la. sampai jatuh2 sakit pinggang. dah macam nangka busuk gayanya. haha. di malam hari, macam biasa la, pergi jalan2.memang kalau malam2 zama akan pergi shopping kat sini. siang2 waktu utk merayap ke tempat2 menarik. hehe.
Fourth day, kite ke Namsan Tower. tempat yg banyak mangga mangga cinta tu. HAHA. zama nak gantung satu mangga pun tak tau nak letak nama siapa. so cerita dia, kita posing je kat situ. kemudian kita ke Hankuk Village. tak sure ejaan dia macam mana. macam tu kot. HAHA. kat village ni la kite boleh tengok rumah2 tradisional diorang. memang penuh dengan ukiran, tembikar dan lain2.
Fifth day, kite buang masa. kalau nak cari makanan halal kat sini, sila pergi ke area Itaewon ye. stay kat sana terus pun okay. banyak je hotel kat sana. kalau macam zama, zama prefer stay kat Gangnam sebab area bandar and happening. cuma susah la nak cari makanan halal. zama kerja makan magi je kat sini. bawa dari Malaysia. HAHA.
lepas buang masa, kami pergi ke istana. apa entah namanya zama lupa. pergi muzium. muzium dia a little bit boring sebab takde translation english. for your information, orang korea ni tak berbahasa inggeris sangat. hanya some of them sahaja yg boleh bertutur dalam bahasa inggeris, diorang lebih utamakan bahasa diorang. same goes to Jepun.
Kat istana ni lah zama try baju guard diorang. HAHA entah baju tu untuk laki ke perempuan. sebab tak tengok cerita Korea sgt. memang tak tahu. HIHI kepada peminat kpop tu confirm suka la pergi sini !
Dari istana, zama, mama dan abang naik bas City Tour pusing satu bandar Seoul. apa yg bestnya tentang bas diorang ni? best gila ! selesa dan takde comot2 busuk or sampah. lepas tu, diorang akan berhenti kat setiap stesen untuk drop penumpang. diorang akan dtg pick up after 20 minutes. apa yg lagi best ialah, diorang sangat lah punctual ! so kite tak perlu duduk menunggu melangut lama2 kan. so korang should try juga !

Oh ya, transport kat sini, zama hanya naik subway train diorang sahaja utk kemana2. utk shopping ke apa ke, memang by train sahaja. jimat dan murah. korang boleh beli kad macam touch n go kat 7e, then topup la dalam 30000 won kalau korang stay kat Korea ni dalam 6-7 hari. andai kata masa dah nak balik Malaysia nnt dalam kad korang tu masih ada baki, korang bole refund semula tau. so tak rugi apa pun. lagi rugi kalau korang asyik naik teksi je. tak adventure la nanti. HEHE
Dan jangan lupa singgah ke Hard Rock Cafe Seoul okay !

Last day, zama tak kemana. kemas barang dan pulang ke Malaysia tercinta :)

Kepada yg nak pergi ke Korea or kemana-mana je, korang boleh click AirasiaGo.com . tiket flight plus hotel harga yg dia bagi nanti. And harga dia lagi murah daripada korang book tiket flight saja, then pergi cari hotel sendiri. So if nak jimat, try airasiago ye !

Sekian perkongsian zama di awal tahun 2015 ni. Jumpa lagi dimasa akan datang =D

Wednesday, May 7, 2014

HELLO 2014 dan hidup

ASSALAMMUALAIKUM dan HAI !

Ya Allah, dah lama gila sebenarnya tak buka blog. berhabuk. last usha pun bulan Ogos 2013. Nampak tak betapa berkurun lama ?
Banyak sebenarnya benda nak cerita. Kalau dulu, blog ni sentiasa ada pengunjung. sekarang rasanya dah takde kot org nak follow. HAHA sebab dah berhabuk sangat. Kalau ada yg masih duk tunggu tu, Alhamdulillah. Kalau yg takde tu, takpe je zama paham. HIHI

Mana nak mula pun tak tau ni. Okay la, mula dgn life sebagai pelajar dulu. Sedar tak sedar, dah 3 tahun okay zama buat degree ! Degree in apa? Korang tak tau lagi eh? HIHI. zama amik degree in Automotive Engineering. OK tak muka camni amik engineering? weeee~

Banyak sgt rencah kehidupan sepanjang 3 tahun ni. nak kata zama pandai top2 tak jugak. biasala student engineering ada fail satu dua subjek. kalau takde tu, mmg gempak la. zama pun struggle mati-matian je nak score. pointer belakang kira, yg penting lulus ni ha. kenapa? Automotive kot. rasa nak kerat leher je belajarnya. tapi itulah, suka sgt challenge diri sendiri. sekarang dah tersadai belajar automotive. nak tukar course mmg ceritanya dah malas la. so teruskan jugak lah. 

NEXT, family? hmm ingat lagi Aya? Danish Ara Arizi anak buah zama tu? sekarang dah 4 tahun dah dia. makin besar makin nakal. makin banyak pulak dia merapu mcm zama. HAHA mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan. Nanti zama upload gamba dia ye. korang mesti suka punya la. Sebab dia mmg dah cantik sekarang. Hihi. dah pergi tadika pun tapinya kuat ponteng ! -.-'

posing ala-ala spiderman sikit. haha


Lagi? HMMMM zama dan kawan ada bukak bisnes. NZSKIRTHOUSE. kepada yg rajin tu boleh la follow kat instagram instagram.com/nzskirthouse . kalau kat facebook, boleh like sini www.facebook.com/nzskirthouse . sila la like dan promote kat kawan2. hihi. dah almost setahun sebenarnya zama buat. dari 2013 bulan 9 camtu. banyak sgt dugaan sepanjang buat bisnes ni. tapinya, zama tak reti sgt sebenarnya mcm mana nak majukan bisnes. anyone boleh ajar? rasanya dah berpuluh juta kali dah upload kat fb, instagram. customer tu always ada tapinya tak berapa tetap and tak dapat nak agak :(


ini zama dan kawan. nama dia Norwan. dah kawen tau dia. so, dia dah tak available. hihi. zama bila nak kawen? EMMMMM nanti kalau zama nak kawen, zama pos kat sini eh =p sorry la zama mmg mengada sikit. model-model dalam bisnes zama ni, semuanya muka sendiri je. HAHA jimat kos la org kata.

sekarang ni, zama tgh lancarkan projek raya. material dari Italian Silk touch. mini kurung ni pre-order kalau siapa2 nak. size boleh mintak dari xs-2xl. ha besa kan? so kalau ada siapa2 minat, boleh la email zama kat nzskirthouse@gmail.com . 

price : RM 210 with postage.


selain dari tu, zama ada jugak ready made skirt. ada dua cutting. satu A-cut. satu lagi six gore cut. nanti zama upload gamba ye.


4 warna di atas ni ialah cutting six gore. Hanya RM35 exclude postage.
Kalau nak beli one set with blouse pun boleh. Blouse sahaja RM45 exclude postage.
Kalau beli one set, hanya RM 80 free postage.


6 warna diatas ini pula ialah A-cut cutting. Hanya RM 32 tanpa pos.
Blouse seperti biasa RM 45 tanpa pos.
Kalau beli both, Rm75 free postage :)

HAAAA siap promote lagi tau. hihi. so siapa2 yg mcm berkenan atau nak berkenalan dgn zama ke nak tanya apa2 ke, boleh email ke nzskirthouse@gmail.com (atas urusan bisnes dan jual beli). kalau nak sembang2 kosong, boleh email ke aposchbluesh@gmail.com

lotsoflove, ZAMA :)